Kelas Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer

14 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada hari Selasa bersamaan 13 Oktober 2020, Pusat Internet Jerlun telah mengadakan kelas asas ICT iaitu ‘Pengenalan Kepada Perkakasan Komputer’ yang bermula pada jam 2.30 petang hingga 3.00 petang bertempat di Pusat Internet Jerlun.

Kelas ini telah disertai oleh 2 orang dewasa yang bekerja sebagai surirumah bagi tujuan memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada mereka mengenai perkakasan komputer yang asas dan wajib diketahui umum.

Antara pengisian sepanjang kelas ialah memberikan penerangan mengenai maksud perkakasan komputer secara amnya dan contoh-contoh perkakasan komputer yang sering kita jumpa seperti papan kekunci, mesin pencetak, tetikus dan CPU.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali